Tuesday, July 27, 2010

MenCaRi CinTa

16 syaaban 1431

Mencari cinta haluan sempurna
Cari cinta namun tak ketemunya
Mencari cinta devosi jiwa
Cari cinta belum ku ketemunya

Kumencari bayangmu dalam kerinduan
Amat payah kuharungi perjalanan
Untuk kumelihat wajah-Mu sebentar
Bisa terlerai segala keresahan

Aku kehilangan aku kelemahan
Jiwa yang layu ku kesilapan
Akulah ‘abduh yang merindu
Sinari harapan baru

Mencari-cari erti cinta
Rahsia pada pengorbanannya
Jiwa yang suci kau turuti
Tenanglah dikau naluri murni

Dan sabarlah kasih yang kurindu
Kuncinya iman ada di kalbu
Mencari rahmat kesempurnaan
Hadiah buatmu jiwa beriman

Kucari cahaya-Mu dalam gelap dalam terang
dalam duka dalam suka
kucari-Mu pada tiap rasa
Bimbing ku dalam mencari-Mu
Bimbing ku pasti kutemui-Mu
Kerna kutahu itulah yang kumahu

Rasa yang tinggi kita damba
Selama kita ini hina
Lemah serba serbi mahu itu mahu ini
Lupa situasi dunia dan realiti
Bimbingku dalam mencari-Mu
Bimbing ku kasih bertemu dengan-Mu


Ya Allah betapa aku merinduiMu..
kurniakanlah cintaku kepadaMu,
kurnialah cintaMu kepadaku,
kurniakan cintaku kepada amal-amal yang membawa cintaMu padaku,
kurniakanlah cintaku kepada orang-orang yang mencintaiMu,
semaikanlah rasa cinta dan kasih kepada kaum muslimin dan muslimat,
Jauhilah diri kami dari perasaan hasad dengki dan irihati.

sungguh luas pegertian cinta yang di dambakan,
ya Allah aku bermohon kepadaMu,
izinkanlah aku mencintai Mu melebihi makhluk-makhluk ciptaan Mu..
sesungguhnya engkaulah pencipta yang menciptakan aku,yang menghidup dan mematikan aku. Maka peliharalah cinta ku agar tidak tersasar dari batas syariatMu, tenang kanlah hatiku, damaikanlah jiwaku dengan ketentuanMu.

1-jagalah solat!!!
Firman Allah s.w.t dalam surah Toha ayat 14 yang bermaksud,
"Sungguh, aku ini Allah, tidak ada tuhan selain aku, maka sembahlah aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku".

Friday, July 16, 2010

Tinta Kata Pembuka Bicara

Sekadar coretan pembuka kata untuk dijadikan semagat untuk terus ber'istiqamah' dalam setiap perkara kebaikan agar menjadikan hari esok lebih baik dari hari ini...
kerana kekadang diri ini leka dengan modal kehidupan yang di anugerahkan agar menjadi keuntungan di hari perhitungan.

modal kehidupan? di anugahkan udara untuk terus bernafas, deria pancaindera yang berfungsi sempurna...alhamdulillah yaAllah..semoga aku dapat menggunakan dan memanfaatkannya dengan sebaiknya.

1- Tiada yang sia-sia
Allah berfirman dalam surah Yasin(36) ayat 54
yang bermaksud :
"maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak akan diberi balasan, kecuali sesuai dengan apa yang telah kamu kerjakan."




2-Tiada yang percuma!!!
Allah berfirman dalam surah Yasin(36) ayat 65
yang bermaksud :
" Pada hari ini kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." 








3-so ???
Allah berfirman dalam surah Ar-Rahman(55) ayat 13
yang bermaksud:
"maka nikmat tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"




sharing is caring

sharing is caring